Mesti semua tertanye-tanye kan majlis ape nie.."cantik je susunan meja dan kerusi nye...mesti ade majlis besar nie".
.
Pada 09/07/2013 telah berlangsungnya majlis pertunangan di antara Diaa dan Amani yang mana calon perempuannya merupakan orang Malaysia manakala lelakinya merupakan orang Arab... majlis telah berlangsung bermula jam 9.00 malam yang bertempat di Boat House Dorani Bayu Resort...seramai 20 orang tetamu telah hadir bagi memeriahkan majlis pertunangan tersebut...persediaan majlis pertunangan |
susunan peralatan makan yang kemas dan teratur |
salah seorang staff meneliti persediaan majlis |
Siapa yang bertunang nye???hah,,ni la dia..
calon-calon nyeeee |
Sempena majlis pertunangan ini telah disediakan kek yang sangat sedap untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut...
sedapnye kek.!!! sempena majlis pertunangan... |
Selain dapat menikmati hidangan makanan yang lazat-lazat, para tetamu juga dapat menikmati pemandangan laut pada waktu malam yang sungguh indah dengan diiringi oleh angin malam yang sepoi-sepoi bahasa yang sangat nyaman dan selesa...
tetamu-tetamu yang hadir |
Kebanyakan tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri.. para tetamu telah disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang unik-unik dan dapat memenuhi selera para tetamu yang hadir...
berselera sungguh para tetamu menikmati hidangan |
Last sekali, yang paling penting adalah sesi bergambar bersama ahli keluarga mereka sebagai kenangan kerana selepas ini mereka akan menempuhi alam pertunangan dalam hidup mereka berdua...
sesi bergambar bersama ahli keluarga |
Majlis telah berlangsung dengan meriah nye dan dapat menggembirakan hati semua pihak yang hadir.. majlis pertunangan tersebut merupakan satu kenangan manis dalam hidup mereka berdua..
Diharapkan Diaa dan Amani dapat berbahagia sampai bila-bila...AMIN (^_^)
No comments:
Post a Comment