Monday 29 May 2017

IFTAR RAMADHAN KEMBALI LAGI!!!!!!!!

MARILAH BERAMAI-RAMAI MENIKMATI JUADAH BUFFET RAMADHAN DI RESTORAN D'MUARA 



FAMILY DAY GIAT MARA


FAMILY DAY -  GIAT MARA BATU, BATU CAVES


Pada 27-28 April 2017, warga Giat Mara Batu telah menjayakan Hari Keluarga di Dorani Bayu Resort & Services Sdn Bhd yang disertai oleh pelajar seramai 53 orang dan guru seramai 6 orang. Warga Giat Mara telah berkampung di resort ini selama 2 hari 1 malam sahaja. Walaupun dalam masa amat singkat, aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan di sini amat membantu dalam mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan guru.

      Aktiviti dimulakan dengan memanaskan badan
Peserta perlu mengambil jarak sebelum aktiviti sukaneka dimulakan
peserta amat terhibur ketika bermain
Acara- Lari Dalam Guni

Wednesday 10 May 2017

KURSUS PERNIAGAAN PUTU BAMBU




KURSUS PERNIAGAAN PUTU BAMBU 

Anjuran :PERHEBAT 

Kursus yang telah diadakan pada 23 April 2017 berlangsung dengan jayanya di resort ini. Kursus ini telah dilaksanakan bagi tujuan untuk membantu individu yang ingin memulakan perniagaan putu bambu. Program tersebut dianjurkan oleh PERHEBAT dengan kerjasama daripada syarikat XTA MARINE ENTERPRISE. Seramai 35 peserta telah menghadiri kursus yang bermanfaat ini.



KURSUS CEMERLANG PEPERIKSAAN / SKOR A PT3


Usahasama antara Lembaga Zakat Selangor dan Sinar Warisan Consultancy & Services telah mengadakan kursus kecemerlangan bagi pelajar tingkatan 3 dalam program yang telah dinamakan sebagai Kursus Cemerlang Peperiksaan / Skor A PT3 . 

Program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya pada 31 March hingga 02 April 2017 bertempat di Dorani Bayu Resort & Services Sdn Bhd. Program yang dilaksanakan selama 3 hari 2 malam tersebut  disertai oleh pelajar tingkatan 3 seramai 34 orang pelajar dan 4 orang consultant.



IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR



IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR



 Pada 29-31 march 2017, warga pendidik IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KAMPUS KUALA LUMPUR telah mengadakan kursus di Dorani Bayu Resort & Services Sdn Bhd. Seramai 37 orang telah menginap di resort ini. Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam.

Warga pendidik yang menjalani kursus selama 3 hari 2 malam dengan jayanya