Wednesday 14 October 2015

Kunjungan 3 Sahabat Masjid

Pada 13 Oktober 2015 yang lepas, Dorani Bayu Resort telah menerima kunjungan daripada 3 Sahabat masjid yang menggelarkan diri mereka kumpulan pejalan kaki ‘A Day Without Tomorrow’ (ADWT) dianggotai tiga anak muda berjalan kaki meredah laluan sejauh 43 kilometer dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Kuala Linggi, Melaka. Kunjungan ini telah disambut oleh Yb Dato' Hjh Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar.

 

Ucapan kata-kata aluan daripada Yb Dato' Hjh Noriah Kasnon

Antara tetamu yang hadir 

Kumpulan pejalan kaki ‘A Day Without Tomorrow’ (ADWT) sedang menikmati jamuan yang disediakan

Tiga orang anak muda ini merupakan anak jati Sabak Bernam yang terdiri daripada Annas Aiman Jaffry, 27, dan adiknya, Muhammad Aidil Jaffry, 24, beserta rakan karib mereka, Hizamuddin Alidin, 25. 


3 Sahabat menerima Sijil Penghargaan dan sedikit cenderamata daripada Yb Dato' Hjh Noriah Kasnon

 Mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama staf-staf Dorani Bayu Resort

Ternyata, 3 Pengembara Berjalan Kaki ini tidak lokek untuk berkongsi idea dan pengalaman mereka sepanjang menjalani aktiviti  kerja amal membersihkan masjid disamping melaksanakan ibadah iktikaf. Misi perjalanan mereka ialah untuk melawat sebanyak mungkin masjid di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Semoga perjalanan mereka diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. 


Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh terus berhubung dengan mereka.