Thursday 1 August 2013

Majlis Makan Malam Kakitangan Bernas


Baru-baru ni admin dah post banyak event dan function yang diadakan di sini antaranya ialah Sambutan Hari Lahir YB Dato. Hjh Noriah binti Kasnon, Program Hello Komoditi, Majlis Pertunangan, Hari Keluarga dan banyak lagi event-event yang gempak... sekarang admin nk post tentang majlis makan malam pula...

Pada tahun ini juga telah diadakan majlis makan malam bersama kakitangan Bernas yang bertempat di
D' Muara Restoran... seramai 400 orang tetamu telah hadir pada majlis tersebut.. majlis tersebut telah berlangsung dengan meriah nya dan mendapat sambutan daripada kakitangan Bernas itu sendiri...

Restoran D' Muara

tempat duduk para VIP

susunan meja dan kerusi yang teratur

Para tetamu telah disajikan dengan pelbagai pilihan makanan yang enak-enak dan dapat memenuhi selera semua tetamu yang hadir dalam majlis tersebut..

wow..banyak nyee pilihan makanan yang sedap-sedap...

para tetamu menikmati hidangan yang disediakan

Selain dapat menikmati pelbagai juadah yang disediakan, para tetamu juga dapat menikmati pemandangan dan angin laut pada waktu malam yang memberi suasana nyaman dan selesa kepada sesiapa sahaja yang berada di sana...

indahnya pemandangan di waktu malam

menikmati angin laut pada waktu malam

 Antara kemudahan yang disediakan untuk kakitangan Bernas .....

disediakan banyak kerusi dan meja untuk para tetamu

LCD dan Projector Screen juga disediakan

wah,,,dapat door gift lagi tuuu...

para tetamu yang hadir bersama keluarga masing-masing

Majlis yang diadakan telah dapat merapatkan lagi hubungan sesama kakitangan Bernas dan juga di antara ahli keluarga mereka sendiri...

Overall...para tetamu berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak resort :))


No comments: