Thursday, 1 August 2013

Pakej Paintball


Salam semua,

Admin pasti mesti ade di antara kita yang berminat dengan game paintball kan... jangan risau sebab sekarang admin nak post tentang pakej paintball yang terdapat di Dorani Bayu Resort beserta dengan pakej yang ditawarkan di sini...

Harga untuk bermain paintball di sini adalah sangat berpatutan iaitu sebanyak RM 25.00 / pax beserta dengan kemudahan dan peralatan yang disediakan untuk para pengguna.... untuk pengetahuan semua kapasiti untuk bermain satu game adalah seramai 10 orang....

Di sini lah tempat di mana pengguna dapat bermain paintball bersama keluarga atau teman terdekat....

tempat untuk bermain paintball

Antara peralatan yang disediakan adalah :
  • 100 palet
  • Face mask
  • Chest Protactor
  • Marker
  • Mineral Cup

Kesemua peralatan ini adalah untuk memastikan keselamatan pengguna semasa bermain paintball... 

senjata yang digunakan

peralatan yang disediakan untuk keselamatan pengguna

Aksi-aksi pemain yang begitu bersemangat untuk melumpuhkan pihak musuh...

menembak dengan penuh minat

bersembunyi disebalik timbunan tayar-tayar

memegang senjata dengan penuh gaya

Kami juga menyediakan pakej bermain paintball untuk individu dan juga berkumpulan... oleh itu,,,,
kepada sesiapa yang berminat boleh lah membuat tempahan terlebih dahulu dengan membuat panggilan terus di talian 03-3224 6800 / 5419....


Majlis Pertunangan


Mesti semua tertanye-tanye kan majlis ape nie.."cantik je susunan meja dan kerusi nye...mesti ade majlis besar nie".


.
Pada 09/07/2013 telah berlangsungnya majlis pertunangan di antara Diaa dan Amani yang mana calon perempuannya merupakan orang Malaysia manakala lelakinya merupakan orang Arab... majlis telah berlangsung bermula jam 9.00 malam yang bertempat di Boat House Dorani Bayu Resort...seramai 20 orang tetamu telah hadir bagi memeriahkan majlis pertunangan tersebut...


persediaan majlis pertunangan

susunan peralatan makan yang kemas dan teratur

salah seorang staff meneliti persediaan majlis

Siapa yang bertunang nye???hah,,ni la dia..

calon-calon nyeeee 

Sempena majlis pertunangan ini telah disediakan kek yang sangat sedap untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut...

sedapnye kek.!!! sempena majlis pertunangan...

Selain dapat menikmati hidangan makanan yang lazat-lazat, para tetamu juga dapat menikmati pemandangan laut pada waktu malam yang sungguh indah dengan diiringi oleh angin malam yang sepoi-sepoi bahasa yang sangat nyaman dan selesa...

tetamu-tetamu yang hadir

Kebanyakan tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri.. para tetamu telah disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang unik-unik dan dapat memenuhi selera para tetamu yang hadir...

berselera sungguh para tetamu menikmati hidangan 

Last sekali, yang paling penting adalah sesi bergambar bersama ahli keluarga mereka sebagai kenangan kerana selepas ini mereka akan menempuhi alam pertunangan dalam hidup mereka berdua...

sesi bergambar bersama ahli keluarga 

Majlis telah berlangsung dengan meriah nye dan dapat menggembirakan hati semua pihak yang hadir.. majlis pertunangan tersebut merupakan satu kenangan manis dalam hidup mereka berdua..

Diharapkan Diaa dan Amani dapat berbahagia sampai bila-bila...AMIN (^_^)