Wednesday 12 October 2011

Lokasi Percutian

Salam Hormat dan Salam 1 Malaysia





Floating Chalet
Dorani Bayu Resort & Services Sdn. Bhd. atau dikenali juga sebagai D'muara Marine Park.Resort ini merupakan milik Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pengurusan dan operasinya diberikan kepada Syarikat Dorani Bayu Resort & Services Sdn. Bhd. melalui konsep usahasama mulai 2hb Februari 2005.


Sekilas perkenalan D'muara Marine Park terletak 5km dari Pekan Sungai Besar dan 90km dari Bandaraya Shah Alam berkonsepkan alam dan telah dibangunkan di pesisiran pantai Sungai Haji Dorani menghadap keindahan Selat Melaka yang lengkapdengan prasarana serba moden dan eksklusif sesuai untuk beristirehat, seminar, mesyuarat dan hari keluarga sambil menikmati ketenangan  melihat panorama aktiviti nelayan 
Sungai Haji Dorani.

Pihak Resort juga ada menyediakan beberapa pakej menarik untuk kemudahan pelanggan yang berkunjung ke sini. Antara pakej yang disediakan sepert :
  • Pakej seminar/ mesyuarat
  • Pakej penginapan
  • Pakej hari keluarga
  • Pakej memancing
  • Pakej makan

p/s : Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi kakitangan bertugas di talian : 
03-3224 6800






No comments: