Wednesday, 15 January 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

D'muara Resort sedang mencari mana-mana syarikat atau individu yang berminat untuk menjadi rakan perniagaan bagi mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Mana-mana pihak yang berminat mestilah seorang yang berwibawa, jujur, amanah dan terutama sekali mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan.

Usaha ini dilakukan bertujuan untuk mengembangkan perniagaan bagi menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang dan setaraf dengan syarikat perhotelan yang lain.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di talian: 03-32246800 atau email ke doranibayu@gmail.com

Monday, 29 May 2017

IFTAR RAMADHAN KEMBALI LAGI!!!!!!!!

MARILAH BERAMAI-RAMAI MENIKMATI JUADAH BUFFET RAMADHAN DI RESTORAN D'MUARA 



FAMILY DAY GIAT MARA


FAMILY DAY -  GIAT MARA BATU, BATU CAVES


Pada 27-28 April 2017, warga Giat Mara Batu telah menjayakan Hari Keluarga di Dorani Bayu Resort & Services Sdn Bhd yang disertai oleh pelajar seramai 53 orang dan guru seramai 6 orang. Warga Giat Mara telah berkampung di resort ini selama 2 hari 1 malam sahaja. Walaupun dalam masa amat singkat, aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan di sini amat membantu dalam mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan guru.

      Aktiviti dimulakan dengan memanaskan badan
Peserta perlu mengambil jarak sebelum aktiviti sukaneka dimulakan
peserta amat terhibur ketika bermain
Acara- Lari Dalam Guni

Wednesday, 10 May 2017

KURSUS PERNIAGAAN PUTU BAMBU




KURSUS PERNIAGAAN PUTU BAMBU 

Anjuran :PERHEBAT 

Kursus yang telah diadakan pada 23 April 2017 berlangsung dengan jayanya di resort ini. Kursus ini telah dilaksanakan bagi tujuan untuk membantu individu yang ingin memulakan perniagaan putu bambu. Program tersebut dianjurkan oleh PERHEBAT dengan kerjasama daripada syarikat XTA MARINE ENTERPRISE. Seramai 35 peserta telah menghadiri kursus yang bermanfaat ini.



KURSUS CEMERLANG PEPERIKSAAN / SKOR A PT3


Usahasama antara Lembaga Zakat Selangor dan Sinar Warisan Consultancy & Services telah mengadakan kursus kecemerlangan bagi pelajar tingkatan 3 dalam program yang telah dinamakan sebagai Kursus Cemerlang Peperiksaan / Skor A PT3 . 

Program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya pada 31 March hingga 02 April 2017 bertempat di Dorani Bayu Resort & Services Sdn Bhd. Program yang dilaksanakan selama 3 hari 2 malam tersebut  disertai oleh pelajar tingkatan 3 seramai 34 orang pelajar dan 4 orang consultant.



IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR



IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR



 Pada 29-31 march 2017, warga pendidik IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KAMPUS KUALA LUMPUR telah mengadakan kursus di Dorani Bayu Resort & Services Sdn Bhd. Seramai 37 orang telah menginap di resort ini. Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam.

Warga pendidik yang menjalani kursus selama 3 hari 2 malam dengan jayanya


Friday, 21 October 2016




Majlis Reunion Raya 2016 - EXSUA 82-  

Pada: 23 hingga 24 Julai 2016

Bertemakan :

"Syawal Menggamit Kehadiran dan Rindu pun Terlunas"



Pentas utama  Majlis Reunion Raya EXSUA 82 yang dihias indah
Kambing bakar yang amat menyelerakan

Pelbagai makanan yang dihidangkan secara buffet



Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan

Wednesday, 14 October 2015

Kunjungan 3 Sahabat Masjid

Pada 13 Oktober 2015 yang lepas, Dorani Bayu Resort telah menerima kunjungan daripada 3 Sahabat masjid yang menggelarkan diri mereka kumpulan pejalan kaki ‘A Day Without Tomorrow’ (ADWT) dianggotai tiga anak muda berjalan kaki meredah laluan sejauh 43 kilometer dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Kuala Linggi, Melaka. Kunjungan ini telah disambut oleh Yb Dato' Hjh Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar.

 

Ucapan kata-kata aluan daripada Yb Dato' Hjh Noriah Kasnon

Antara tetamu yang hadir 

Kumpulan pejalan kaki ‘A Day Without Tomorrow’ (ADWT) sedang menikmati jamuan yang disediakan

Tiga orang anak muda ini merupakan anak jati Sabak Bernam yang terdiri daripada Annas Aiman Jaffry, 27, dan adiknya, Muhammad Aidil Jaffry, 24, beserta rakan karib mereka, Hizamuddin Alidin, 25. 


3 Sahabat menerima Sijil Penghargaan dan sedikit cenderamata daripada Yb Dato' Hjh Noriah Kasnon

 Mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama staf-staf Dorani Bayu Resort

Ternyata, 3 Pengembara Berjalan Kaki ini tidak lokek untuk berkongsi idea dan pengalaman mereka sepanjang menjalani aktiviti  kerja amal membersihkan masjid disamping melaksanakan ibadah iktikaf. Misi perjalanan mereka ialah untuk melawat sebanyak mungkin masjid di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Semoga perjalanan mereka diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. 


Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh terus berhubung dengan mereka. 






Wednesday, 10 June 2015

Pakej Buffet Ramadhan 2015 (D'Muara Restoran)



Masih mencari tempat untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga??

Pihak Dorani Bayu Resort (D'muara Restoran) menyediakan 
Pakej Iftar Ramadhan dengan tawaran harga yang sangat berbaloi dan murah



harga dan maklumat lanjut seperti di bawah :





Kelebihan yang anda dapat berbuka puasa disini :

Pemandangan indah tepi laut



Menu masakan ala kampung (melebihi 50 jenis menu makanan)



Cabutan bertuah bagi belian melebihi RM 130.00 (1 resit bayaran)



Diskaun harga penginapan sehingga 30%





Tuesday, 30 December 2014

Pakej Majlis Resepsi D'muara


Salam sejahtera kepada pengunjung laman blog ini.

Disini pihak Resort ingin berkongsi kisah "Raikan Cinta" Majlis Pernikahan Amar dan pasangan nya Zaza. Majlis telah berlangsung di Dorani Bayu Resort pada 14.12.14 (Ahad) bersamaan 21 Safar 1436H

Pasangan mempelai telah mengambil set makan Pakej Resepsi D'muara Set C

sebelum itu pihak Resort berbesar hati untuk berkongsi kan majlis resepsi pasangan mempelai sepanjang berlangsung di sini

Tempat Majlis : Boat House D'muara
Masa Majlis : 10.00am - 3.00pm
Jumlah Jemputan : 300 orang

Dimulakan dengan kerja-kerja persiapan tempat seperti meja makan tetamu & beradab, pelamin dan sedikit dekorasi sebagai penghias majlis.

meja makan mengikut tema mempelai
bahagian lobby boat house

"Set on table" dengan harga yg berbeza





meja makan beradab (kapasiti 6-8 orang)

Majlis pernikahan sedang berlangsung
sesi menyarung cincin

menerima wang hantaran
flower girl 
Usai selesai Majlis Pernikahan diteruskan dengan majlis persandingan kedua-dua mempelai

Mempelai di arak masuk ke dewan persandingan

sesi merenjis
abadikan kenangan bersama keluarga
tetamu yang hadir
set menu Pakej C
mempelai menjamu selera

majlis berjalan dengan lancar dan meriah, sekiranya ada yang berminat untuk mengadakan majlis perkahwinan di Resort kami yang betul-betul berada di tepian pantai Selat Melaka dengan tiupan bayu laut boleh membuat tempahan segera di talian 03-3224 6800

akhir kata seluruh warga kerja Dorani Bayu Resort mengucapkan Jutaan terima kasih dan Selamat menempuh alam rumah tangga moga bahagia hingga ke Jannah....


................................................................................................................

PAKEJ PENUH MAJLIS RESEPSI



Sunday, 29 June 2014

Pakej Buffet Ramadhan 2014


Di jemput kesemua pelanggan yang ingin menikmati juadah berbuka puasa buffet ramadhan dengan hidangan kampung dan pelbagai lagi menawarkan harga yang sangat berpatutan, selain itu terdapat cabutan bertuah.




Thursday, 19 September 2013

aktiviti mewarna batik canting (Dorani Bayu Resort)


mewarna batik canting antara aktiviti yang pihak Resort turut sedia kan. Dalam minggu lepas di sini ada kumpulan daripada Jabatan Veterinar mengadakan pakej mesyuarat di sini. Bagi mengisi masa terluang pada petang hari beberapa peserta mengambil bahagian untuk mengisi masa terluang mereka dengan mewarna batik canting ini...


jom kita lihat sepanjang aktiviti dijalan kan....

batik canting yang belum diwarnakan lagi...

briefing...
sebelum memulakan untuk mewarna batik ni... ada "cikgu" yg akan bagi tunjuk ajar...masa ni "cikgu" tengah bagi penerangan cara-cara untuk mewarna batik canting ni...

"cikgu" buat demo dulu....
sebelum tu cikgu akan tunjukkan cara nya...n after tu boleh la ikuttt....

cara memegang berus untuk mewarna "tangan mesti tegak!"
tangan kena betul ye?...tak boleh senget, condong ke ape ye...yg penting kena tegak macam dalam gambar tu...

tiba giliran peserta untuk mewarna....
masa ni masing-masing boleh tunjuk kan bakat terpendam ye ;) apa yg lebih seronok, mereka mewarni sambil menikmati suasana air laut yg sedang pasang dengan angin sepoi2 lagi tu... ;)

untuk mewarna batik ni mengambil masa lebih kurang 20min - 30min je...

ok nak lihat hasil mewarna mereka??




*











*





















*



















*




















*





























*


ni la hasil nya.....
cantik kan...cuma yg no 2 dari kanan agak comot sikit..tapi takpe semuanya baru 1st time buat...so kira berjaya la...bila dah siap boleh la buat hiasan dinding di rumah...hanya RM 20.00 satu keping batik canting ni...untuk tempahan boleh hubungi di talian 03-3224 6800